Mari Membaca, Menghayati dan Muhasabah Diri Kita

Selamat Datang Ke Laman Blogspot Saye. Marilah Same2 Kite Berdakwah Tentang Agama Islam. Jika Ada Silap Dan Salah, Tegurlah Saya. Setiap Manusia Mesti Melakukan Kesilapan Walaupun Sedikit. Syukran Jazilan

Penghulu Segala Bicara

Penghulu Segala Bicara

Saturday, 5 April 2014

Kisah Luqman Al-Hakim Dengan Telatah Manusia

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Pahlawan Neraka

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu.Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim..

Menangis Kerana Takutkan Allah

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w." Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda s.a.w. mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Saturday, 29 March 2014

Pengorbanan Seorang Wanita Untuk Islam

Begini pd satu hari ade seorg abid yg berjln di pasr... lps tu die mendgr berite bahawa ade seorg hamba wanita yg ingn djual... khabar nye bahawa wanita itu gile walakin (akan tetapi ) abid itu membeli wanita itu dgn sebnyak 7 dinar ... pd mlm nye si abid nie pun tidur..dgn takdir allah SWT, abid itu terbngun dr tidur dan mendgr suara tangisan. lalu abid itu pergi kearah tangisan tersebut dn mendpati bahawe hambanye itu sdg bermunajat kpd allah SWT.. tatkala hamba itu sdg berdoa abid itu pun menyampuk doa nyer lalu hamba itu td terkejut dngn sampukan oleh tuannye itu...die trs berdoa kpd Allah... ya allah sesungguhnye hubungan kite sdh tidak rahsia lg maka engkau ambil lh nyawa ku ini .. beliau pun menjerit sekuat hati nye lalu beliau meninggal di tmpt ibadahnye itu allah..allah hu akbar sungguh hebat hamba allah ini..beliau sanggup merahsiakn hubunganye dgn allah sehingga kn die digelar org gile


allahu akbar betapa tinggi dan kukuh nye iman die dok..... kuat btol wanita itu... tpi biler pikir blik sanggop ker kite nie digelar gile dn dihina oleh masyarakat... tpi wanita itu sanggop untuk merasiekn keislamannyer... moge2 kite dpt mnjdi seperti wanita tue... jihadlh di jln Allah..insyaallah..aaminn

Orang Kaya Vs Orang Miskin

nk dengar cite dok?? satu ari nie serombongan orang fakir miskin nie brjmpe dengan rasulullah.. mereka mengeluh kepada rasulullah.. "Ya Rasulullah! orang kaya mengaut dan membolot semua pahala sehingga mereka mencapai darjat yg tinggi... mereka boleh menunaikan solat seperti kami, berpuasa seperti kami.. tetapi mereka boleh bersedekah tpi kami tidak boleh bersedekah, mereka juga boleh memerdekakan hamba padahal kami tidak boleh berbuat demikian... Lpas tu rasulullah bersabda:"mahukah aku mengajarkan kepada kamu amal perbuatan yang dapat mengatasi mereka dan tidak ade seorang pon yang lebih utame daripada kamu, kecuali org yg berbuat seperti perbuatan kamu itu... bacelh Subhanallah..Alhamdulillah...Allahuakbar sebnk 33 kli selepas solat

cam mne bes x cite nie... kalo kite x mampu nk sedekah kat org... x per.. ckoplh dngn kite bezikir dkat Allah....ALLAH Maha Mengetahui

untuk org kaye plok...kalo dh ade duet bnyk...x yah nk pegi menunaikan haji bnyk kli..lbeh baek kalo menolong golongan manusia yg terbeban oleh hutang atau yg mempunyai anak ramai... sesunguhnya perbuatan ini memberi kegembiraan dalam hati seorang muslim dengan menolongnye menghadpi penderitaan, membantunye keluar dri kesusahan dan menolong org yg lemah adalah jauh lebih utame drpd ibadah haji seratus kali (selepas haji pertame yang diwajibkan seumur hidup)

Sunday, 2 February 2014

Apa yang dimaksudkan mencintai kerana Allah ini ya?

Sekarang ni ramai yang suka sembang mengenai “cinta kerana Allah”, tapi kome sume tahu apa maksud sebenarnya? Bukan main  sebut lagi cinta kerana Allah ye? keh3.. Ni adalah beberapa kupasan yang sempat saya baca dari buku Ust Burhan Sodiq, Kerana Cinta Harus Memilih.Pengertian cinta kerana Allah adalah mencintai seseorang lantaran ketaatannya kepada Allah atau cinta di jalan Allah. Biasanya seseorang itu bercinta kerana suka atau tertarik terhadap kecantikan dan ketampanan pasangan, atau perkara lain yang menarik seperti kekayaan. Dan bukan didasarkan cinta kepada Allah.Cuba renung kembali dalam diri kita, adakah sifat cinta kerana Allah telah ada dalam diri kita atau belum? Dan perlu diketahui , kalau seandainya seseorang itu benar-benar cintanya kepada Allah, maka pasti dia akan berusaha menegakkan syariat agama Allah dan tidak akan melanggar  larangan-larangan Allah.Anas bin Malik meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW Bersabda:“Seseorang tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman sehingga dia mencintai seseorang, tidak mencintainya kecuali kerana Allah; sehingga dia dilemparkan ke dalam api lebih dia sukai daripada kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan darinya; dan sehingga Allah dan rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya.”dari hadis ini, terdapat beberapa point penting iaitu:1. Mencintai seseorang kerana mencari reda Allah, bukan cinta hawa nafsu atau melanggar syariat. Seperti cinta seseorang yang ikut serta berjihad di jalan Allah, tidak untuk tujuan duniawi. Seperti cinta seseorang untuk beramal dan berjuang dalam organisasi. Dilakukan hanya untuk mencari keredhaan Allah.2. Memilih dilemparkan ke dalam api daripada kembali menjadi kafir. Orang yang telah sempurna imannya tidak akan ada yang dapat mengubahnya menjadi kafir lagi. Dia tidakmengingkari ajaran agama yang telah diyakini seperti solat yang telah Allah wajibkan, tidak menghalalkan apa yang telah Allah haramkan, seperti Khamar atau mengharamkan yang halal3. Mendahulukan cinta  kepada Allah dan rasul-Nya, mengalahkan selainnya. Orang yang sempurna imannya kepada Allah dan rasulNya lebih kuat baginya daripada hak ayahnya, ibunya, anaknya, isterinya dan semua manusia. Membela Islam dengan ucapan dan perbuatan, mengamalkan syariat Islam, mengikuti sunnah dan berakhlak dengan akhlak Rasulullah. 

Thursday, 19 December 2013

Bangunlah Untuk Berqiamulail


Qiamullail...bangunlah buat seketika..

Islam agama yang cukup mudah. Islam adalah satu cara hidup. Ia mengajar manusia dari seawal-awal celik bijik mata di pagi hari sampailah ke menguap ngantuk terakhir hingga bawa ke lena sedap. Aturan-aturannya kalau kita sanggup mengikuti tidaklah susah mana. Semua orang faham dan mengetahuinya. Tapi adakah kita termasuk di kalangan insan yang melaksanakannya. Ketentuan siang dan malam diatur oleh Allah swt sejak dulu lagi tanpa ada sedikitpun perubahan. Begitu juga syariaat yang telah ditentukan Allah tidak berganjak sedikit pun waima berlakunya perkembangan dari sudut teknologi, topograpi dan sosiologi manusia. Syariat tetap syariaat.

Pembahagian siang dan malam cukup sekata. Di siang hari manusia keluar bekerja di selang seli dengan waktu rehat di dini hari dan petangnya. Malam pula untuk beristirehat di samping beribadah setelah bertungkus lumus menjari rezeki di siang tadi. Banyak ayat-ayat Quran menganjurkan peribadatan di malam hari. Amalan Qiamullail contohnya bukan ciptaan mana-mana tarekat ataupun mana-mana alim ulama. Qiamullail adalah amalan mulia yang dilakukan oleh para-para Nabi dan Rasul terdahulu. Rasulullah menjadikan malam harinya bertaqarrub kepada Allah dari awal hingga ke akhir hayatnya.

Baginda berpesan pada umatnya supaya melakukan Qiamullail seperti sebuah hadith yang diriwayatkan oleh AT-Termizi.

Daripada Abu Umamah r.a Rasullullah bersabda: "Jadikanlah Qiamullail itu amalanmu, kerana yang demikian itu adalah amalan orang2 yang soleh sebelum kamu, dan ia boleh mendekatkan dirimu dengan TuhanMu, dan membersihkan dosa2mu dan menghindarkan kamu darinya".


Dalil yang mengatakan Qiamullail amalan para nabi terdahulu. "Sebaik-baik solat ialah solat Nabi Daud, sebaik-baik puasa ialah puasa Nabi Daud, beliau tidur separuh dari malam dan kemudian bangun untuk sehari dan berbuka sehari" (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Qiamullail boleh dilakukan sepanjang malam atau sebahagian daripadanya. Ibadah2nya adalah seperti solat sunat, berzikir, bertahlil, bertasbih, beristifar, bersolawat, membaca AlQuran dan lain2 amalan rohani yang dianjurkan oleh Islam. Secara langsung ia adalah amalan rohani dan jasmani dalam membantu memperkuatkan akal dan jasad insan muslim itu sendiri.


Kelebihan dan kemuliaan Qimullail telah diabadikan oleh Allah swt dalam AlQuran di Juzuk 29 Surah AlMuzammil.
1- Hai orang yang berselimut (Muhammad),
2- Sembahyanglah pada malam hari, kecuali sedikit (dari padanya),
3- (Yaitu) separuh malam atau kurangkanlah sedikit dari padanya,
4- Atau lebih dari padanya dan bacalah Quran dengan perlahan-lahan (terang huruf2nya),
5-Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepada engkau perkataan yang hebat (Quran),
6- Sesungguhnya beribadat pada malam, lebih tetap dalam hati dan lebih lurus bacaannya,
7- Sesungguhnya bagi engkau pada siang hari ada pekerjaan (urusan) yang banyak.
8- Sebutlah nama TuhanMu dan berbaktilah kepadaNya sebenar2 berbakti.


dan di akhiri dengan ayat 20 " Sesungguhnya TuhanMu mengetahui, bahawa engkau sembahyang malam hari, kurang dari dua pertiga malam dan ada yang seperduanya dan ada pula yang sepertiganya, bersama-sama orang2 yang bersama engkau. Allah menentukan kadar(waktu) malam dan siang. Dia mengetahui, bahawa kamu tidak dapat menghinggakannya(menentukan kadar malam itu), maka Allah menerima taubatmu, sebab itu bacalah apa-apa yang mudah di antara AlQuran. Dia mengetahui, bahawa akan ada di antara kamu orang2 yang sakit dan yang lain berjalan di muka bumi, mencari kurnia (rezeki) Allah dan yang lain berperang di jalan Allah. Sebab itu bacalah apa-apa yang mudah diantaranya (Quran) dan dirikanah sembahyang dan berikanlah zakat dan piutangilah Allah dengan piutang yang baik (berderma). Apa-apa kebaikan yang kamu usahakan untuk dirimu, akan kamu peroleh disisi Allah kebaikan pula dan pahala yang terbesar. Minta ampunlah kamu kepada Allah, sungguh Allah Pengampun lagi Penyayang."

Cuba renungi pada ayat 6-8. Kedinginan dan kesunyian malam adalah waktu yang tepat sang hamba bermunajat dengan Tuhannya. Dikala ramai manusia diulit mimpi, haiwan dan unggas memasuki sarang, malam menyingkapkan tabir keindahan dan keheningannya, bintang serta cakerawala bertaburan di angkasa dan angin malam berhembus menghilangkan udara panas di siang tadi akan bangun insan kerdil bermunajat beriringan sesejuk airmata yang tumpah mengalir menyerahkan dirinya sebulat2 dihadapan Allah, mengadu, memohon, menginsafi ketidakmampuan dirinya yang hina yang dibandingkan dengan kekuatan, kekuasan Alah dan kerajaanNya. Allahu Akbar!!

Dan banyak lagi ayat-ayat AlQuran semuanya menganjurkan Qiamullail.

Surah Ath-Thuur ayat 49: "Dan bertasbihlah kepadaNya pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenamnya bintang-bintang (di waktu fajar)".

Surah Al-Furqan ayat 63-64: " Dan hamba2 (Allah) Tuhan yang Maha Penyayang itu ialah orang2 yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang2 jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata2 selamat. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka".

Surah al-Insan ayat 26: "Dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari".

Surah Adz-Dzariyat ayat 15-18: " Sesungguhnya orang2 yang bertakwa berada di dalam taman2 (syurga) dan di mata2 air, sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang2 yang berbuat kebaikan; Mereka tidur sedikt di waktu malam; Dan di akhir2 malam mereka memohon ampun kepada Allah."

Surah al-Israa' ayat 78-79: " Dirikanlah solat selepas tergelicir matahari sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat). Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah2han TuhanMu mengangkat kamu ke maqam yang terpuji."

Kemudian kita tengok pula hadith2 Nabi yang menganjurkan Qiamullail.
Dari Abu Hurairah r.a Baginda bersabda: " Sebaik2 puasa selepas puasa Ramadhan ialah di awal Muharram. Dan sebaik2 solat selepas solat fardhu ialah solat malam."
(Diriwayatkan oleh Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a Baginda bersabda: " Sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat pada larut malam". (Diriwayatkan oleh Ahmad)


Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah pernah bersabda: "Solat di Masjidku ini sebanding dengan 10 ribu solat, solat di Masjidil Haram sebanding dengan 100 ribu solat, solat di medan perang sebanding dengan 2 juta solat. Dan yang paling banyak nilainya dari semua itu ialah 2 rakaat yang dikerjakan oleh seorang hamba Allah pada tengah malam".

Abu Said AlKhudri r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah pernah bersabda: "Allah amat mengasihi 3 orang: seorang yang bangun pada malam hari lalu mendirikan solat, seorang yang membetulkan barisan untuk solat (berjemaah), dan seorang yang membetulkan barisan untuk berperang."

Dan Salman AlFarisi berkata Nabi saw pernah bersabda: "Hendaklah engkau mengerjakan Qiamullail kerana pekerjaan itu merupakan kebiasaan orang2 soleh sebelum kamu, menghampirkan kepada Tuhan kamu, menghapuskan kejahatan dan mencegah berbuat dosa dan mengusir penyakit2 dari tubuh badan."

Di zaman peperangan dahulu musuh2 Islam begitu gentar bila berhadapan dengan tentera Islam sehingga mereka dikenali dengan gelaran "They were horsemen by day and ascetics by nights." atau "Mereka itu (tentera Islam)adalah bagai singa di siang hari dan rahib di malam hari." Fikir2kan apa maksud itu.

Banyak lagi kelebihan2 Qiamullail yang tidak sempat dituliskan. Bagaimanapun cubalah kita, walaupun sibuk mana kita untuk melaksanakan perintah Allah itu semampu mungkin. Tidak mampu setiap malam kita lakukan sekali seminggu. Jika tidak upaya juga cubalahlah sebulan sekali. Boleh tengok bagaimana bercucurannya airmata tanpa disedari...Allahu Akbar. Lakulah, InsyaAllah akan digerakkan hati kita untuk bermunajat padaNya dengan penuh perasaan. Hati kita akan meruntun sayu dan pada ketika itu tahulah betapa kerdil dan hinanya diri kita di sisi Tuhan Yang Agung. Lakulah..bila asyik itu tiba dan diri sudah sebati, geraklah isteri kita bersama untuk berqiamullail.