Mari Membaca, Menghayati dan Muhasabah Diri Kita

Selamat Datang Ke Laman Blogspot Saye. Marilah Same2 Kite Berdakwah Tentang Agama Islam. Jika Ada Silap Dan Salah, Tegurlah Saya. Setiap Manusia Mesti Melakukan Kesilapan Walaupun Sedikit. Syukran Jazilan

Penghulu Segala Bicara

Penghulu Segala Bicara

Monday, 25 November 2013

Untuk Kita Pendosa – Perlu Bersegera Kembali Kepada Allah SWT

Semua manusia berdosa. Tiada yang akan terlepas daripada dosa, melainkan yang telah diberikan mandat maksum daripada Allah SWT seperti Rasulullah SAW.
Tetapi ada bezanya manusia yang beriman dengan manusia yang tidak beriman dalam melakukan dosa. Hendak melihat sejauh mana keimanan kita, maka kita sepatutnya boleh mengukurnya dari segi layanan kita terhadap dosa.
Orang yang beriman, dia akan bersegera dalam kembali kepada AllahSWT selepas menyedari bahawa dia telah menjauhiNya.
Sedang orang yang keimanannya lemah, sakit, atau tidak beriman langsung, maka mereka akan terus rasa berseronok bergomol di dalam dosa, mereka akan melambat-lambatkan urusan mereka untuk pulang kepada Allah SWT.
Kita berada dalam golongan mana?

Kefahaman asas: Jahiliyyah adalah musuh dalam kehidupan. Najis untuk mereka yang beriman.
Oleh kerana jahiliyyah adalah sesuatu yang Allah tidak redhai, dan apabila Allah tidak redha itu boleh membawa saya ke neraka, saya senang menganalogikan jahiliyyah itu dengan najis.
Dengan perasaan sedalam itu terhadap jahiliyyah, apabila kita melihatnya melekat pada tubuh kita, kita akan segera mencucinya. Bila kita nampak pada orang lain ada jahiliyyah, kita akan berfikir bagaimana untuk mencuci jahiliyyah agar bersih daripadanya.
Apa pandangan anda apabila anda melihat ada najis terlekat pada pakaian anda? Pada tubuh badan anda?
Anda bersegera mencucinya bukan?
Bagaimana dengan dosa?
Sepatutnya kita lebih bersegera dalam mengikis dosa bukan?
Sebab najis boleh dicuci dengan air. Mudah.
Dosa, hanya boleh dihilangkan dengan keampunan daripada Allah SWT.
Mudah juga sebenarnya. Persoalannya, siapakah yang bersegera pergi kepadaNya? Kepantasan kita dalam bertaubat, hakikatnya adalah kayu ukur hubungan kita kepadaNya, kayu ukur kebencian/kesukaan kita terhadap dosa, kayu ukur keimanan kita.
Dosa menjemput azab daripada Allah SWT. Siapa yang beriman, akan ketakutan apabila melakukan dosa, seakan-akan ada gunung yang hendak menghempapnya. Maka sekiranya kita benar beriman, tidakkah apabila kita sedar kita berdosa, kita akan berlari mendapatkanNya?
Atau kita berlenggang sahaja?
Inilah dia asasnya. Sekiranya benar kita hendak menjadi hamba kepada Allah SWT.

Bersegera kembali kepada Allah. Tanda kesihatan iman.
Khutbah Jumaat pada minggu lepas(031210), Dr Abdullah Juyushi sekali lagi menjadi khatib. Tajuk khutbahnya pada kali itu adalah “Anab” yang merupakan perkataan bahasa arab, yang kalau diterjemahkan secara biasanya membawa maksud “Kembali” yakni “Bertaubat”.
Namun Dr Abdullah Juyushi menerangkan bahawa, “Anab” bukanlah kembali yang biasa. “Anab” hakikatnya membawa maksud “Segera kembali”. Yakni, orang-orang yang mempunyai sifat “anab”, mereka segera kembali kepada Allah SWT.
Allah SWT telah memberikan isyarat yang banyak di dalam Al-Quran, berkenaan segera kembali kepadaNya.
Lihatlah firman-firman Allah SWT:
“(Setelah mereka mengejek-ejek dan membuat tuduhan-tuduhan itu) tidakkah mereka melihat apa yang ada di hadapan mereka dan yang ada di belakang mereka dari langit dan bumi (dapatkah mereka melarikan diri)? Jika Kami kehendaki nescaya Kami timbuskan mereka di bumi, atau Kami gugurkan atas mereka ketul-ketul dan serpihan-serpihan dari langit (yang akan membinasakan mereka). Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang memberi keinsafan) bagi tiap-tiap hamba Allah yang mahu segera kembali kepadaNya (dengan taat dan berbakti).“ Surah Saba’ ayat 9.
“Dia lah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda keesaanNya dan kekuasaanNya (untuk kehidupan rohani kamu), dan yang menurunkan (untuk jasmani kamu) sebab-sebab rezeki dari langit. Dan tiadalah yang ingat serta mengambil pelajaran (dari yang demikian) melainkan orang yang sentiasa bersegera kembali (kepada Allah).“ Surah Ghaafir ayat 13.
Bahkan para Nabi juga adalah yang bersegera kembali kepada Allah SWT:
“Sesungguhnya Nabi Ibrahim, penyabar, lembut hati (bertimbang rasa) lagi suka segera kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti.” Surah Hud ayat 75.
                ” Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar; ia adalah sebaik-baik hamba; sesungguhnya ia sentiasa segera rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya).” Surah Saad ayat 44.
Dan bersegera kembali kepada Allah SWT adalah arahan, tuntutan daripada Allah SWT kepada kita sebenarnya.
“Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa bersegera merujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik.” Surah Ar-Rum ayat 31.
Arahan itu jelas menunjukkan betapa orang yang beriman tidak akan sesekali menjadikan jahiliyyah sebagai kroni. Sesekali mereka tidak akan berkompromi dengan jahiliyyah. Sekiranya keimanan kita adalah benar, adalah mustahil untuk kita ‘menyenangi’ kewujudan jahiliyyah di dalam kehidupan kita.
Dan Allah menerangkan dengan jelas bahawa, ciri-ciri mereka yang berjaya di akhirat kelak, adalah mereka yang bersegera kembali kepada Allah SWT.
“Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka). (Serta dikatakan kepada mereka): Inilah yang dijanjikan kepada kamu, – kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa segera kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah); (Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat.” Surah Qaaf ayat 31-33.

Bagaimana kita dengan Allah SWT?
Suka saya hendak mengulang kata-kata guru saya, Dr Samirah Tohir, berkenaan bagaimana kita hendak mengetahui keadaan kita di sisi Allah SWT.
“Kamu ingin tahu bagaimana keadaan kamu di sisi Allah SWT? Lihatlah di mana kamu meletakkan Allah di hati kamu.”
Ya. Bersegera kembali kepada Allah SWT boleh menjadi kayu ukur dalam kita melihat, di manakah sebenarnya kita meletakkan Allah SWT.
Sekarang, di manakah Allah di sisi kita?
Soal, dan jawab.

Kekuatan, hadir daripada ini.
Manusia yang selalu menyatakan akan kelemahannya, sering berputus asanya dia, sering merasa tidak kuat, adalah manusia yang kehilangan sifat ‘anab’ ini.
Hakikatnya, dia tidak kembali kepada Allah SWT. Lihatlah, kalau kita merasakan diri kita lemah, cuba lihat apakah di dalam kehidupan amal soleh kita yang telah kita kurangkan? Lihatlah apa dosa yang telah kita tambah?
Kemudian lihatlah apakah kita bersegera memperbaiki keadaannya? Kalau amal soleh berkurang, apakah kita segera menambahnya? Kalau dosa bertambah adakah kita berusaha menyekatnya?
Terus berada dalam kelemahan bererti kita tidak bergerak untuk membaikinya.
Dengan sentiasa bersegera kembali kepadaNya, kita akan berjaya mengekalkan kekuatan yang ada. Hal ini kerana, lebih lama kita berada di dalam jahiliyyah, lebih reput jiwa raga kita. Di situlah sebabnya semakin lama kita semakin lemah.
Caranya hanyalah satu.
Pantas bergerak kembali kepadaNya. Jangan berlengah-lengah!

Penutup: Manusia, ada waktu di atas, ada waktu di bawah.
Kita amat arif bahawa manusia ada waktu di atas, ada waktu di bawah.
Tetapi sebaik-baik manusia adalah, apabila dia berada di bawah, dia akan bersegera untuk naik semula ke atas.
Kita amat tahu bahawa manusia semuanya berdosa.
Tetapi sebaik-baik pendosa adalah yang bersegera dalam taubatnya.
Maka siapakah kita?
Adakah kita berusaha untuk menjadi yang terbaik?
Menjadi hamba Allah SWT yang terbaik?
Atau kita merasakan ini semua tidak penting?
Sama-sama melihat kembali diri kita.

Agama: 6 Kaedah Mengimbangi antara Nikmat Dunia dan Kebahagiaan Akhirat

~Keseimbangan permusafiran dunia menuju destinasi akhirat~


Manusia tidak hanya hidup di atas dunia kerna kematian itu adalah pasti. Tambahan kehidupan akhirat juga adalah perjalanan yang kekal abadi. Namun, manusia itu sering alpa untuk berbekal walhal setiap daripada kita akan bermusafir menuju destinasi akhirat yang tiada pengakhirannya. Kita masih pada aras yang sama leka dengan nikmat dunia.
Dunia boleh jadi fitnah kepada insan atau tempat persinggahan untuk mendapatkan bekalan. Manusia yang menentukan arah pandu perjalanan kehidupan masing-masing. Adapun hakikatnya dunia itu tidak terpisah dengan akhirat. Cuma perlu wujud keseimbangan antara keduanya supaya manusia tidak sekadar berjaya di dunia bahkan lebih utama di akhirat sana.

Kaedah-kaedah
  1. Mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram serta menjauhi syubhat
Dari Abu ‘Abdillah An-Nu’man bin Basyir r.a Rasulullah s.a.w bersabda:
 “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang (syubhat) samar-samar, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka barangsiapa menjaga dirinya dari yang samar-samar itu, bererti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya, dan barangsiapa terjerumus dalam lingkungan samar-samar maka ia telah terjerumus ke dalam lingkungan yang haram.” [HR Bukhari no.52, Muslim 1599]
Hadis ini disebutkan sebahagian ulama’ merangkumi satu pertiga daripada Islam disebabkan menjelaskan kepada kita akan perkara yang dibenarkan untuk dilakukan (halal) dan sesuatu yang dilarang untuk dilaksanakan (haram) mengikut acuan syara’. Juga mengajar kepada manusia supaya mengambil sikap berhati-hati dengan meninggalkan perbuatan yang tidak jelas (syubhat).
Perkara yang halal dan haram yang jelas tidak dinafikan lagi akan kemestian seseorang bergelar muslim untuk melakukannya atau meninggalkannya. Adapun dalam islam sebenarnya perkara yang halal itu lebih banyak berbanding haram bahkan ditegah melakukan yang haram itu pun disebabkan memudharatkan kembali pada diri pelaku. Contohnya diharamkan zina, dihalalkan berkahwin. Diharamkan meminum arak dan dadah kerana merosakkan akal.
Bagi perkara yang diragui (syubhat) pula digalakkan untuk manusia menjauhinya seperti yang disebut dalam hadis kerana ia boleh membawa kita terjerumus dalam lembah dosa. Hal ini disebabkan hukum bagi perkara yang syubhat adalah tidak jelas dan ulama’ –ulama’ lebih tahu mengenainya melalui nas al-quran atapun qias. Contohnya adalah bermuamalat dengan harta atau bank yang diragui sistemnya tidak berasaskan riba maka lebih baik ia ditinggalkan.
Bahkan ulama’-ulama’ terdahulu lebih suka mengambil sikap wara’ (meninggalkan perkara syubhat) kerana sesungguhnya ia melambangkan ketinggian taqwa dan kecintaan manusia kepada Allah seperti yang disebutkan oleh Abu Darda’, Hasan Basri dan juga Al-Sauri.

2.  Kepentingan Ikhlas dalam penerimaan ibadah
Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khathab r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
 “Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu Karena kesenangan dunia atau karena seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya”. [HR Bukhari no.1, Muslim no.1907]
Hadis ini disebutkan ulama’ sebagai separuh bagi agama disebabkan tidak dapat tidak sesuatu perbuatan itu perlu didahulukan dengan niat sama ada zahir pada lisan atau lintasan dalam hati manusia. Selain itu, niat mempunyai martabat yang tinggi dalam agama kerana dengan niat sesuatu perkara yang harus boleh diganjari pahala kerana niat. Contohnya adalah perbuatan makan yang asalnya harus boleh berubah kepada sesuatu yang diganjari jika diniatkan makanan itu adalah untuk mendapat tenaga seterusnya menyumbangkan keringat itu untuk kebaikan islam.
Tambahan lagi, niat juga merupakan antara elemen utama sesuatu amal itu diterima oleh Allah selain daripada menepati syara’. Niat yang benar membawa manusia melihat perkara yang dilakukannya bukan sahaja manfaat bagi dunia bahkan kebaikan di akhirat dengan menumbuhkan aqidah yang benar dek kerana dengan niat ia bahawa kita mempercayai Allah sahaja yang bisa memberi nikmat atau mudharat kepada kita bukan selainnya.
Amal yang didasarkan di atas niat yang baik dan ikhlas akan diterima Allah s.w.t dan diberikan ganjaran. Ikhlas ini boleh dibahagi kepada 3 bahagian yang berbeza setiapnya berdasarkan tingkatan keimanan seseorang.
i-                    Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah. Amal ini dinamakan ibadah hamba.
ii-                  Amal yang dikerjakan kerana mengharapkan syurga dan pahala. Amal ini dinamakan ibadah saudagar.
iii-                Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah. Juga dilaksanakan kerana hak kehambaan dan  membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak. Amal ini dinamakan ibadah orang yang merdeka.
Hakikat keikhlasan merupakan amal hati yang sukar namun tidak mustahil. Bisa sahaja permulaan amal kita ikhlas. Namun dipertengahannya kitaa tersungkur. Boleh jadi permulaan dan pertengahan amal kita baik tetapi pengakhirannya menyebabkan amalan kita tidak diterima. Walaubagaimanapun usaha untuk ikhlas itu dituntut dan selebihnya berdoalah pada-Nya moga amal kita diterima.

3.  Mengambil berat amalan fardu dan melazimi yang sunat
Dalam suatu hadis qudsi Nabi s.a.w bersabda: Allah s.w.t berkata:
“Tidaklah hambaKu mendekatiKu dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Ketika Aku mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, menjadi penglihatannya yang ia melihat dengannya, menjadi tangannya yang ia bergerak dengannya dan menjadi kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepadaKu, niscaya Aku berikan kepadanya; Dan sesungguhnya, jika ia memohon perlindungan kepadaKu niscaya Aku berikan perlindungan kepadanya.” (HR Bukhari no.6142)
Tidak dapat disangkal bahawa setiap perkara yang wajib sama ada dilakukan atau ditinggalkan menjadi tanggungjawab seseorang muslim untuk membumikannya. Amal wajib ini menyebabkan manusia itu dekat kepada Allah kerana berusaha merealisasikan perintah yang diberikan. Namun terkadang amal wajib yang dilakukan ini tidak sempurna kerana sifat kekurangan manusia. Justeru  bagaimana mungkin melengkapkap kewajipan ini?
Amalan sunat. Ia bukan sekadar melengkap perkara wajib yang kita lakukan yang mendorong  manusia dekat kepada-Nya bahkan timbul rasa cinta kepada Allah s.w.t begitu juga sebaliknya seperti yang disebutkan dalam hadis. Oleh kerana itu hakikat darjat sunat itu lebih tinggi kerana manusia boleh melakukan perkara yang ditaklifkan kerana ia berbentuk arahan, tetapi hanya mereka yang cinta kepada-Nya bisa beribadah secara pilihan (sunat).
Seterusnya bila kecintaan manusia kepada Tuhannya berbalas, maka banyak manfaat yang manusia boleh nikmati. Setiap pergerakan dan perbuatannya didasari dengan pertolongan Allah s.w.t hinggakan segala permintaan yang dihajati mudah dikabulkan selain menjadi perisai bagi insan daripada kejahatan sama ada yang datang dari dalam diri manusia atau manusia sekelilingnya.

4.  Ingat pada Allah, Dia akan ingat kepada kita
Daripada Abu al-’Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a.beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi s.a.w pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku:
“Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang telah Allah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang sudah Allah tentukannya untukmu. Pena -pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya).” [HR Tirmidzi no.2785]

Manusia jika mengenang seseorang akan merasai perkara yang dirindui itu seolah-olah hadir bersamanya. Begitu juga insan dengan Allah s.w.t. Jika kita merasai atau mengingati bahawa Allah itu sentiasa bersama kita maka kita tidak berpaling kepada kuasa yang lain. Malangnya, ramai manusia yang meminta kepada manusia tetapi tidak mahu meminta kepada Allah s.w.t. Mereka juga pandai menjaga hubungan baik dengan manusia tetapi memutuskan hubungannya dengan Allah s.w.t.
Apabila perasaan muraqabah (Allah melihat kita) terpahat dalam jiwa insan, kita akan malu untuk bermaksiat bahkan selalu ingin beribadat dek kerana banyaknya kurniaan nikmat Allah terhadap kita. Ia membawa kita untuk menjaga hak-hak Allah baik dalam bentuk suruhan untuk dilaksanakan atau tegahan dari melakukannya.
Demikian, bila hak-hak ini dipelihara, hubungan kita dengan Allah menjadi lebih dekat hinggakan kita merasakan segala yang ditaklifkan bukan sebagai bebanan tetapi jalan menuju kecintaan.  Tambahan lagi, manusia itu akan meletakkan setinggi-tinggi pergantungan hanya pada-Nya dengan meyakini tiada yang dapat menghalang jika Allah berkehendakkan kebaikan kepada manusia dan tiada dapat memberi mudharat jika Allah  menghalang.

5. Saling ingat memperingati
Dari Abu Ruqayyah Tamiim bin Aus Ad Daari r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Agama itu adalah nasihat , Kami bertanya : Untuk Siapa ?, Beliau bersabda : Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin umat Islam, dan bagi seluruh kaum muslim” [Muslim no. 55]

Sungguh agama Islam itu adalah praktikal untuk semua individu tidak kira pangkat atau martabat. Tetapi hanya mereka yang mempunyai hati yang terbuka yang berlapang dada untuk menerima peringatan. Mereka yang ego akan lemas tenggelam dalam sifat buruknya itu. Justeru itu, kadang-kadang nasihat itu telah diberikan kepada seseorang atau mungkin pada diri kita sendiri tetapi masih gagal untuk dijadikan sebagai agen perubahan kerana tiada penyediaan hati yang total.
Dalam al-Quran Allah s.w.t berfirman:
“dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. “ [al-Asr:3]
Allah menyifatkan mereka yang tidak tergolong dalam kalangan kelompok yang rugi adalah mereka yang sentiasa saling menasihati dalam perkara kebaikan. Hal ini disebabkan apabila seseorang itu memberi sesuatu peringatan ia tidak bererti dia lebih baik daripada orang yang mendengarnya tetapi ia sebagai suatu bentuk penyebaran rasa cinta kepada Allah yang ada pada dirinya ke dalam diri orang lain.
Selain itu, pesanan ke arah kebaikan ini juga penting bukan kepada pendengar semata-mata, malah lebih lagi mereka yang menyampaikannya kerana jika pesanan yang disampaikan itu boleh melaknat dirinya sendiri jika tiada amal yang menginringi. Tidak bermaksud menjauhkan diri daripada menyampaikan peringatan, tetapi berusaha melakukan apa yang telah disampaikan sekaligus menjaga diri kita dari terjerumus dalam maksiat sebenarnya bertepatan dengan kaedah dakwah yang masyhur;
Islah (ubah) diri kita, dan ajak orang lain (kepada kebaikan)

            6.  Bertaqwa pada Allah sentiasa dalam apa jua ketika (istiqamah)
Dari Abu Amr Sufyan bin Abdullah berkata: Wahai Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam, katakan kepada aku tentang Islam sebuah perkataan yang  tidak  aku tanyakan kepada seorangpun selainmu. Beliau bersabda: Katakanlah: Aku beriman kepada Allah, kemudian berpegang teguhlah(istiqamah) [HR Muslim no.38]
Dalam setiap amalan manusia keikhlasan merupakan paksi untuk ianya diterima. Namun istiqamah merupakan kemuncak sesuatu amalan kebaikan kerana ia merangkumi keperluan ikhlas yang berterusan. Ia bukan perkara yang mustahil tetapi bukan juga mudah untuk dibumikan. Bahkan kata ibn Abbas ketika ayat berkenaan istiqamah ini diturunkan beruban rambut baginda s.a. disebabkan beratnya perintah ini.
Berkata Kata Saidina ‘Umar bin al-Khattab: “Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang”
Namun, kemanisan ibadah itu bukan sekadar sempurnya ia dari segi zatnya tetapi berterusan ia dilaksanakan. Sesungguhnya istiqamah dalam ibadah itu dicintai Allah meskipun amalan itu sedikit berbanding amalan yang banyak tetapi hanya pada waktu dan ketika yang tertentu.

Kesimpulan: Tawazun
Dunia ini diciptakan untuk manusia mengambil kesempatan terhadapnya berbentuk ibadah kepada Allah mahupun berbentuk nikmat dan keseronokan. Tetapi dalam menyelusuri perjalanan hidup di atas dunia ini perlu ada neraca dalam diri manusia supaya keseimbangan antara kehidupan dunia dan akhirat itu dapat dijaga dengan baik berlandaskan kehendak Allah s.w.t.

Rujukan:
Al-Wafi Fi Syarahi Arbain Nawawiah, Dr Mustafa Bugha dan Dr Mahyuddin Mistu
Nuzhatul Muttaqin Syarah Riyadus Salihin, Dr Mustafa Bugha , Dr Mahyuddin Mistu dan lain-lain.
Li Syabab Khassah, Dr ‘Aid Abdullah Al-Qarni
Dirasat Hadisiyah Dakwiyah Nafsiyah, Prof Dr Faleh Bin Faleh Al-Shogir
Sahih Muslim Syarah Nawawi jilid 7


Monday, 4 November 2013

Tiada Amalan Khas Akhir Tahun

Tidak ada amalan khas akhir tahun... 

There are no specific Islamic rulings authentically established concerning the end of the year or its beginning; not sayings, nor actions, nor virtues. Moreover, the Islamic calendar was not put in order except in the Khilāfah of `Umar.

لا يثبت لنهاية العام ولا بدايته أحكام شرعية خاصة، لا قول ولا فعل ولا فضل، ولم ينتظم التاريخ الهجري إلا في خلافة عمر

Sunday, 20 October 2013

Kisah kehebatan Air Zam-Zam


Keanehan air Zamzam
 
Pada tahun 1971, seorang doktor dari negeri Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air Zamzam itu tidak sihat untuk diminum. Perkiraannya didasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut. Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air Zamzam. Masya Allah. Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini, dan mengirimkan sampel air Zamzam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji. Tariq Hussain, jurutera kimia yang bekerja di Institut Pemurnian Air Laut untuk diminum, di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya. Pada masa memulai tugasnya, Tariq belum ada gambaran, bagaimana telaga air Zam Zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya. Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut ketika menyaksikan bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter). Tidak terbayang, bagaimana caranya telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap musim hajinya. Dan itu berlaku sejak ribuan tahun yang lalu, sejak zaman Nabi Ibrahim AS. Penyelidikan menunjukkan, mata air zamzam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air persaat. Dengan demikian, setiap minit akan dihasilkan 660 liter air. Itulah yang mengejutkan. Tariq mulai mengukur kedalaman air telaga. Dia minta pembantunya masuk ke dalam air. Ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 feet 8 inci. Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tak ditemukan apapun!. Dia berfikir, mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar. Bila seperti itu kejadiannya, maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba. Tetapi dugaan ini pun tidak terbukti. Tidak ditemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak ditemuiada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar. Seterusnya, dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga. Lalu menyuruh berdiri, dan diam ditempat sambil mengamati sekelilingnya. Perhatikan dengan sangat cermat, dan laporkan apa yang terjadi, sekecil apapun. Setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak: “Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku. Dan air itu keluar dari dasar telaga”. Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk dialirkan ke tempat pendistribusian air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman. Aliran air yang keluar, besarnya sama di setiap titik, di semua kawasan. Ini menyebabkan permukaan telaga itu relatif stabil, tidak ada goncangan yang besar.
 
 
 
Mengandungi zat Anti Kuman

Hasil penyelidikansampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air Zam zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat. Lalu perbezaan air Zam zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium. Kandungan kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zamzam. Itu mungkin sebabnya air zamzam memberi kesan menyegarkan bagi jamaah yang keletihan. Keistimewaan lain, komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil, sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang tiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air Zam zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandung gizi”. Nabi saw menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas). Rasulullah saw pernah mengambil air zamzam dalam sebuah kendi dan tempat air dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah. Air zamzam itu digunakan Rasulullah saw untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya. Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah. 1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lainnya, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan. 2. Air Zam zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya. 3. Yang juga menakjubkan adalah, tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam zam sentiasa bebas dari kontaminasi kuman. 4. Anehnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam zam tetap berair. Dan air zam zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman. Beberapa ulama fiqah merncadangkan agar jamaah haji membawa air zamzam ketika pulang ke negaranya sebab air zamzam itu boleh sebagai ubat untuk suatu penyembuhan. Ini terbukti, banyak jamaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zamzam.
 
P/S  : Sama-sama kita hayati kebesaran Illahi.  Kemuliaan agama Islam.  Kehebatan Allah S.W.T


Buah At-tin dan Zaitun

بسبب "التين والزيتون" في القرآن فريق بحث ياباني يعلن إسلامه
هل تعرفون كيف حدث ذلك ؟

Redha Dengan Kesakitan

Ada satu kisah.

Datang seorang perempuan tua menemui Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam.

Kemudian perempuan tua ni berkata: Wahai Rasulullah, doakan saya agar sakit belakang saya ni hilang (yakni sakit tulang belakang kerana sudah tua).

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab: Saya boleh doakan kamu dan sakit kamu itu akan hilang. Tapi mahukah kamu, jika kamu sabar dan redha dengan sakit itu, Allah akan memberikan kamu balasan Syurga.

Lalu perempuan tua ini pun pergi dalam keadaan sakit tapi penuh kegembiraan dan redha serta sabar dengan sakitnya itu.

Wallahu'alam

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى أله وصحبه وبارك وسلم

Cerita Lalat Dan Semut

Beberapa ekor lalat nampak terbang berpesta di atas sebuah tong sampah di depan sebuah rumah. Suatu ketika, anak pemilik rumah keluar dan tidak menutup kembali pintu rumah. Kemudian nampak seekor lalat bergegas terbang memasuki rumah itu. Si lalat langsung menuju sebuah meja makan yang penuh dengan makanan lezat.

"Saya bosan dengan sampah-sampah itu, ini saatnya menikmati makanan segar," katanya. Setelah kenyang, si lalat bergegas ingin keluar dan terbang menuju pintu saat dia masuk, namun ternyata pintu kaca itu telah terutup rapat. Si lalat hinggap sesaat di kaca pintu memandangi kawan-kawannya yang melambai-lambaikan tangannya seolah meminta agar dia bergabung kembali dengan mereka.

Si lalat pun terbang di sekitar kaca, sesekali melompat dan menerjang kaca itu, dengan tak kenal menyerah si lalat mencoba keluar dari pintu kaca. Lalat itu merayap mengelilingi kaca dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan bolak-balik, demikian terus dan terus berulang-ulang. Hari makin petang, si lalat itu nampak kelelahan dan kelaparan.

Esok paginya, nampak lalat itu terkulai lemas terkapar di lantai. Tak jauh dari tempat itu, nampak serombongan semut merah berjalan beriringan keluar dari sarangnya untuk mencari makan. Dan ketika menjumpai lalat yang tak berdaya itu, serentak mereka mengerumuni dan beramai-ramai menggigit tubuh lalat itu hingga mati. Kawanan semut itu pun beramai-ramai mengangkut bangkai lalat yang malang itu menuju sarang mereka.

Dalam perjalanan, seekor semut kecil bertanya kepada rekannya yang lebih tua, "Ada apa dengan lalat ini, Pak? Mengapa dia sekarat?" "Oh.., itu sering terjadi, ada saja lalat yang mati sia-sia seperti ini. Sebenarnya mereka ini telah berusaha, dia sungguh-sungguh telah berjuang keras berusaha keluar dari pintu kaca itu. Namun ketika tak juga menemukan jalan keluar, dia frustasi dan kelelahan hingga akhirnya jatuh sekarat dan menjadi menu makan malam kita.

" Semut kecil itu nampak manggut-manggut, namun masih penasaran dan bertanya lagi, "Aku masih tidak mengerti, bukannya lalat itu sudah berusaha keras? Kenapa tidak berhasil?"

Masih sambil berjalan dan memanggul bangkai lalat, semut tua itu menjawab, "Lalat itu adalah seorang yang tak kenal menyerah dan telah mencoba berulang kali, hanya saja dia melakukannya dengan cara-cara yang sama." Semut tua itu memerintahkan rekan-rekannya berhenti sejenak seraya melanjutkan perkataannya, namun kali ini dengan mimik dan nada lebih serius, "Ingat anak muda, jika kamu melakukan sesuatu dengan cara yang sama tapi mengharapkan hasil yang berbeda, maka nasib kamu akan seperti lalat ini."

"Para pemenang tidak melakukan hal-hal yang berbeda, mereka hanya melakukannya dengan cara yang berbeda."