4 Golongan Lelaki Akan Ditarik Ke Neraka
Di
akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka
oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada
wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak
perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2
perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul!
bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk
pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri
walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh,
saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya
bersama-sama ke dalam neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila
ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu
abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,
tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram disisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat,
memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke
neraka.
Lihatla betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia
malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang
bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
No comments:
Post a Comment