Mari Membaca, Menghayati dan Muhasabah Diri Kita

Selamat Datang Ke Laman Blogspot Saye. Marilah Same2 Kite Berdakwah Tentang Agama Islam. Jika Ada Silap Dan Salah, Tegurlah Saya. Setiap Manusia Mesti Melakukan Kesilapan Walaupun Sedikit. Syukran Jazilan

Penghulu Segala Bicara

Penghulu Segala Bicara

Saturday, 19 October 2013

Tiada Yang Lebih Sabar Darinya

الله جل جلاله
Tiada Yang Lebih Sabar Daripada-Nya.

Jangan sangka bahawa orang yang mensyirikkan Allah ta'ala di dunia akan terlepas daripada azabNya.

Jika terlepas di dunia, belum tentu terlepas di akhirat kelak.

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

لا أحد أصبر على أذى سمعه من الله، إنهم يجعلون له ولدا وهو يرزقهم ويعافهم.

"Tiada yang LEBIH SABAR atas suatu perkara yang menyakitkan -yang didengarinya- melebihi kesabaran ALLAH ta'ala. Mereka menjadikan bagi Allah ta'ala anak sedangkan Allah ta'ala yang memberi mereka rezeki dan kesihatan". [Sahih al-Bukhari]

Hati-hati dengan KEMURKAAN Allah ta'ala.

Allah ta'ala berfirman:

نبئ عبادي أني أنا الغفور الرحيم ؛ وأن عذابي هو العذاب الأليم

"Beritahu kepada hamba-hamba-Ku bahawa Aku Maha Pengampun, Maha Pengasih. Dan bahawa azab-Ku adalah azab yang pedih". [Al-Hijr:49-50]

No comments:

Post a Comment