Keanehan air Zamzam
Pada tahun
1971, seorang doktor dari negeri Mesir mengatakan kepada akhbar di
Eropah bahawa air Zamzam itu tidak sihat untuk diminum.
Perkiraannya didasarkan bahawa kota Mekah itu
ada di bawah garis permukaan laut. Air Zamzam itu berasal dari air
sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa
bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air Zamzam. Masya Allah.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang
kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk
menyelidiki masalah ini, dan mengirimkan sampel air Zamzam ke
Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.
Tariq Hussain, jurutera kimia yang bekerja di
Institut Pemurnian Air Laut untuk diminum, di Jedah, mendapat tugas
menyelidikinya.
Pada masa memulai tugasnya, Tariq belum ada
gambaran, bagaimana telaga air Zam Zam boleh menyimpan air yang begitu
banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat
terkejut ketika menyaksikan bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x
14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang, bagaimana caranya telaga
sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap musim hajinya.
Dan itu berlaku sejak ribuan tahun yang lalu, sejak zaman Nabi Ibrahim
AS.
Penyelidikan menunjukkan, mata air zamzam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air persaat.
Dengan demikian, setiap minit akan dihasilkan 660 liter air. Itulah yang mengejutkan.
Tariq mulai mengukur kedalaman air telaga.
Dia minta pembantunya masuk ke dalam air. Ternyata air telaga itu hanya
mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 feet 8
inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk
memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya.
Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tak
ditemukan apapun!.
Dia berfikir, mungkin sahaja air telaga ini
diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar. Bila seperti
itu kejadiannya, maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air
secara tiba-tiba.
Tetapi dugaan ini pun tidak terbukti. Tidak
ditemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak ditemuiada alat yang
boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.
Seterusnya, dia minta pembantunya masuk lagi
ke dalam telaga. Lalu menyuruh berdiri, dan diam ditempat sambil
mengamati sekelilingnya.
Perhatikan dengan sangat cermat, dan laporkan
apa yang terjadi, sekecil apapun. Setelah melakukan proses ini dengan
cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil
berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku. Dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berpusing
mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk dialirkan ke
tempat pendistribusian air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang
keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh
pengepaman.
Aliran air yang keluar, besarnya sama di
setiap titik, di semua kawasan. Ini menyebabkan permukaan telaga itu
relatif stabil, tidak ada goncangan yang besar.
Mengandungi zat Anti Kuman
Hasil penyelidikansampel air di Eropah dan
Arab Saudi menunjukkan bahawa air Zam zam mengandungi zat fluorida yang
ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air Zam zam dibandingkan
dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal
kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua mineral itu sedikit lebih
banyak pada air zamzam. Itu mungkin sebabnya air zamzam memberi kesan
menyegarkan bagi jamaah yang keletihan.
Keistimewaan lain, komposisi dan rasa
kandungan garamnya sentiasa stabil, sentiasa sama dari sejak
terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua
jemaah haji dan umrah yang selalu datang tiap tahun.
Boleh Menyembuhkan Penyakit
Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air Zam zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandung gizi”.
Nabi saw menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya.
Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya.
Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau.
Jika engkau meminumnya agar hilang rasa
hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air
tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni,
Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah saw pernah mengambil air zamzam
dalam sebuah kendi dan tempat air dari kulit, kemudian membawanya
kembali ke Madinah. Air zamzam itu digunakan Rasulullah saw untuk
memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di
laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain. Kandungan
airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih
tinggi dibanding telaga lainnya, berkhasiat untuk menghilangkan rasa
haus dan kesan penyembuhan.
2. Air Zam zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
3. Yang juga menakjubkan adalah, tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam zam sentiasa bebas dari kontaminasi kuman.
4. Anehnya lagi, pada masa semua telaga air
di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam zam tetap berair.
Dan air zam zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah merncadangkan agar
jamaah haji membawa air zamzam ketika pulang ke negaranya sebab air
zamzam itu boleh sebagai ubat untuk suatu penyembuhan.
Ini terbukti, banyak jamaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zamzam.
P/S : Sama-sama kita hayati kebesaran Illahi. Kemuliaan agama Islam. Kehebatan Allah S.W.T
No comments:
Post a Comment