Mari Membaca, Menghayati dan Muhasabah Diri Kita

Selamat Datang Ke Laman Blogspot Saye. Marilah Same2 Kite Berdakwah Tentang Agama Islam. Jika Ada Silap Dan Salah, Tegurlah Saya. Setiap Manusia Mesti Melakukan Kesilapan Walaupun Sedikit. Syukran Jazilan

Penghulu Segala Bicara

Penghulu Segala Bicara

Thursday 28 November 2013

Ada Sesuatu Yang Lebih Menguatkan seorang PEJUANG…

Alhamdulillah… syukurku ke hadrat Ilahi kerana masih dipinjamkan jasad dan roh untuk terus menerus beramal dan beribadah kepada Allah s.w.t dan berbakti juga berjuang untuk gapai manfaat di akhirat. Sesungguhnya tidak tergambar kasih sayangNya yang terlalu besar dan menggunung tinggi… melangit luas… Tanpa kasih sayangNya juga tidak mungkin ada makhluq yang diciptakanNya bebas hidup di dunia fana ini.
Seringkali kita merasakan dengan adanya matlamat dan azam sudah cukup menguatkan kita untuk berjuang ke akhirnya.. mehnah dan ujian pasti dapat ditolak ketepi tanpa dapat mempengaruhi diri yang sudah terpatri matlamat dihujungnya. Seolah-olah matlamat itu sangat menguatkan diri kita terutama insan yang mengaku ingin berjuang menegakkan agamaNya… HaqNya… Sunnnah RasulNya.. Hati insan yang sedemikian tidaklah ana nafikan akan kekuatannya dan ketabahannya dalam menghadapi ujian dan redha dengan taqdir yang ditetapkan untuk dirinya oleh Rabbul Jalil..
images
Namun, disebalik kekuatan dan ketabahan itu tetap dikira masih ada ruang kegoyahan kerana biarpun berbekalkan semangat kental… tubuh dan jasad tetap bisa goyah dan tidak ampuh melawan kesakitan andai diragut kesihatan diri… Diuji dengan mehnah dan tribulasi yang bertalu-talu… Insan itu turut menjadi keras dan seperti robot yang hanya ingin laju mencapai matlamat tanpa mempeduli akan orang-orang yang disekeliling yang sepatutnya dibawa bersama dalam perjalanan sebuah perjuangan. Dan amatlah tidak baik dan kerugian bagi sebuah da’wah yang keciciran perkara penting iaitu dalam pada membawa lebih ramai yang turut sama berada di atas landasan yang sama.
Apakah kalian tahu bahagian yang hilang itu?
Pengorbanan?
Tidak… orang yang hebat mengejar matlamat sangat faham dan amalkan konsep pengorbanan…
Istiqomah?
Tidak juga… kerna orang yang mahu capai matlamat pasti paling istiqomah menuju capaian terakhir…
Kefahaman?
Juga bukan… Kerana alasan yang sama… pasti dialah yang paling faham erti sebuah perjuangan… kerana itulah dialah yang paling struggle untuk perjuangan…
Keikhlasan?
Pun tidak… andai seseorang itu tidak ikhlas dalam berjuang, pasti sahaja dia tidak bertahan lama untuk terus istiqomah mencapai matlamat… pasti juga dia sedar akan pekejaan tanpa keikhlasan itu sia-sia belaka…
Daripada Umar Al Khatab r.a. Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah terdapat satu golongan yang bukan para nabi dan juga bukan para syuhada’ akan tetapi dicemburui oleh para nabi dan syuhada’ terhadap kedudukan mereka di sisi Allah pada hari kiamat kelak. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka? Jawab baginda: Mereka adalah golongan yang berkasih sayang dengan semangat cintakan Allah dan bukan kerana tali persaudaraan, atau harta benda. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka bercahaya. Dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia lain berasa takut. Mereka juga tidak sedih ketika manusia lain berasa sedih”.
love-baby1

Kemudian Rasulullah membaca ayat ini : “ألا إن أولياء الله لا خوف عليهم ولا هم يحزنون” “Sesungguhnya wali-wali Allah itu tiada ketakutan dan tidak berasa sedih”. Diriwayat oleh Abu Daud.
Rasulullah juga bersabda dalam satu hadis lain : “Sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat : Dimanakah golongan yang berkasih sayang kerana kemuliaanKu? Pada hari ini Aku payungi mereka di bawah payunganku pada hari yang tiada perlindungan kecuali dari Aku”. Hadis riwayat Muslim.
Sesungguhnya hubungan persaudaraan ( ukhuwwah ) kerana Allah itu tidak akan terputus di dunia ini, bahkan ia berterusan sehingga ke hari akhirat. Allah berfirman di dalam surah al-Zukhruf yang bermaksud: “Teman-teman rapat pada hari itu ( kiamat ) menjadi musuh antara satu sama lain kecuali orang-orang yang bertakwa”.
images (1)

Iya… seorang insan yang ingin berjuang tidak boleh menjadi kuat seperti kuatnya hati pejuang yang dipenuhi dengan rasa kasih dan sayang terhadap tuhannya juga terhadap hambaNYA … makhluq ciptaanNYA… hanya kerana Allah s.w.t… hati-hati yang sebegini lebih kuat dan hebat dalam berjuang untuk mencapai matlamat di akhirnya… kekuatan dan ketabahan mereka tidak terduga dan tidak tercapai akal dan hati bagi mereka yang hanya ingin mengejar matlamat tanpa ada rasa kasih dan sayang sesama saudara seagama…
Arakian, hilangkanlah rasa benci, iri hati, dendam dan bara api yang hanya bisa memusnahkan hati seorang mukmin… ia bisa menghilangkan rasa kemanusiaan, keadilan, sehingga bisa menghilangkan akhlaqul kareem yang sepatutnya ada dalam jiwa seorang yang ingin berjuang membawa agama Allah s.w.t… yang ingin menjadi Asadullah… yang ingin menjadi Jundullah…
Seorang tentera Allah dan singa Allah bukanlah lahir dengan menjadi sebuah patung perhiasan yang hanya untuk dipandang tanpa berbuat apa atas apa yang berlaku disekelilingnya… bukan juga sebuah robot yang hanya melakukan sesuatu mengikut telunjuk dan dengan tanpa memikirkan hati dan perasaan insan disekeliling… apatah lagi memikirkan kebaikan dan keburukan yang berlaku di sekeliling… juga pastinya tidak akan bereaksi dan bertindak pada kemaksiatan dan kezaliman yang berlaku dalam masyarakat setempat apatah lagi masyarakat dunia… Maka dengan itu, jangan kikis fitrah rasa kasih dan sayang yang ada dalam diri kita… akan tetapi semai dan bajailah ia dan serahkan pada yang berhakkannya… InsyaaAllah… Allahu rahman wa Rahim..
Sabda Nabi SAW dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim :
Yang bermaksud : “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri”.
images (4)

~~Orang yang menyayangi pasti disayangi >> Menyayangimu tanpa syarat~~
Sebarkanlah Cintamu… :)
images (2)
~~Ukhwah Fillah Abadie Indah~~

No comments:

Post a Comment